RSS

Semoga kebaikan menjadi milikKU dan seluruh saudara seAgamaKU...

Bismillahirrahmanirrahim..
hari ini, kita dah masuk 3 hari berada dalam bulan suci Ramadhan.  Semoga Allah menguatkan iman saya dan sahabat semua.  Saya ingin memohon maaf kepada seluruh kenalan atas segala kekurangan yang saya lakukan dalam sedar atau tanpa disengajakan. Semoga teman-teman semua dapat menasihati saya akan apa yang zahir atau batil.  Kerana saya hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.  Alhamdulillah In Sha Allah... saya sudah memaafkan anda semua.  Semoga Allah mengikhlaskan hati saya dan anda.. supaya ibadah kita pada bulan ini mudah-mudahan memperoleh kemanisannya.  Kebetulan hari ini bersamaan hari Jumaat saya juga ingin mengucapkan Salam Jumaat buat saudara dan saudari sekalian dengan lafaz... Assalamualaikum. Sebelum diri kerdil ini diundurkan, suka saya untuk berkongsi sedikit amalan yang boleh kita lakukan sepanjang hari mulia penghulu segala hari ini.  

1) berselawat
2) beristighfar
3) membaca al-quran
4) membaca surah2 amalan (al-kahfi, al-waqiah dan ar-rahman)
5) menunaikan solat fardhu
6) mengelakkan diri daripada melakukan perkara sia2

In Sha Allah.. Semoga ia menjadi amalan buat saya dan anda semua.  Maafkan saya sekiranya coretan saya buat kali ini menggores hati mana-mana pihak.  Segala yang baik adalah daripada Allah swt dan segala yang buruk adalah dari saya sendiri.  Justeru.. sudilah memaafkan saya yang hina ini.  Wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku MerinduiMu